Ahad, 18 Januari 2015

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah SK Serada

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1436H/ 2015 MUQADDIMAH Maulidul Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada ke 12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin (dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidul Rasul . Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56). Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi. Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah. RASIONAL Rasional Sambutan Maulidul Rasul ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua warga SK Serada bagi mensyukuri dengan kelahiran Rasulullah SAW yang membawa rahmat dan kesejahteraan seluruh alam. Tanpa perjuangan dan pengorbanan dari Rasulullah SAW, tidak mungkin Islam bertapak di bumi ini. OBJEKTIF Objektif Sambutan Maulidul Rasul ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua insan supaya sentiasa mengingati dan mencontohi Nabi Muhammad SAW. Dengan mengingatinya, dapatlah mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah hidup Rasulullah dan seterusnya menjadikan akhlak dan peribadi Rasulullah sebagai panduan. Hal ini sekaligus dapat melatih murid menghayati dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir program ini diharapkan: 1. Semua mengingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW. 2. Menanam kecintaan dan mengenali keperibadian Rasulullah SAW. 3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan warga sekolah serta komuniti setempat. TARIKH/ MASA Tarikh : 18 Januari 2015 Hari : Ahad Masa : 7.30 pagi – 12.30 tghari KUMPULAN SASARAN Semua murid dan warga SK Serada TEMA “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. Perarakan Maulidul Rasul 2. Ceramah maulidul Rasul 3. Pertandingan: - Keseragaman - Perbarisan - Selawat JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1436H/2015 PENASIHAT En.Nasir bin Abd.Jalil PENGERUSI En. Nazarudin bin Ismail NAIB PENGERUSI 1 Tuan Haji Mohd Azam b Ghazali NAIB PENGERUSI 2 En Mohd Naziron bin Ismail SETIAUSAHA En.Mohd Marzuki bin Hussin PENYELARAS Puan Hajjah Rokiah bt Salleh BENDAHARI Puan Kamaliah bt Ahmad AJK Semua guru Semua guru Kafa Staf Sekolah Pengerusi PIBG Pengerusi JKKK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan