Sabtu, 28 Februari 2015

Majlis Watikah Pengawas 2015 SK Serada

Pada 25 Februari 2015 (Rabu) telah berlangsung Majlis Watikah Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas peringkat sekolah. Seramai 46 orang murid telah terpilih sebagai pemimpin sekolah.Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil pegawai polis cawangan Balai Polis Cabang Tiga dari cawangan jenayah komersil. Dalam ucapan beliau, beliau menasihatkan murid-murid yang telah dilantik sebagai pemimpin agar belajar bersungguh-sungguh serta menjadi contoh kepada murid-murid lain. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Rasional diadakan majlis ini adalah kerana pengawas sekolah dan pengawas sumber atau pemimpin organisasi merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah.Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan penggunaan sekolah berjalan lancar.







Ahad, 15 Februari 2015

Kejohanan Bola Jaring Peringkat MSSD KTS

Pada hari Ahad 16 Februari 2015 telah berlangsung perlawanan bola jaring peringkat MSSD KTS bertempat di SK Paloh. perlawanan pertama menyaksikan SK Serada bertemu SK Kubang Ikan diikuti perlawanan SK Serada bertemu SK Losong dan yang terakhir SK Serada bertemu SK Ladang. Melalui ketiga-tiga perlawanan,pencapaian SK Serada agak membanggakan dimana SK Serada telah mendahului semasa bertemu SK Losong dan SK Ladang manakala memperolehi seri semasa bertemu SK Kubang Ikan.Guru Besar menyifatkan kemenangan ini agak membanggakan berikutan padang sekolah baru sahaja pulih daripada banjir.Jawatankuasa pasukan bola jaring sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga sekolah yang telah berusaha menaikkan nama sekolah di peringkat daerah.Berikutan kemenangan semalam,hari ini SK Serada bakal beraksi sekali lagi untuk penentuan juara dan naib juara. Syabas dan Tahniah kepada semua peserta bola jaring dan guru-guru.

Sabtu, 14 Februari 2015

PROGRAM MENTOR MENTEE KALI PERTAMA

Pada hari ini Ahad, 15 Februari 2015 telah diadakan program mentor mentee peringkat sekolah. Tujuan diadakan program ini adalah untuk melengkapkan program guru penyayang seperti mana yang diwar-warkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini akan diadakan pada hari Ahad diselang selikan dengan perhimpunan mingguan.Semua guru ditugaskan menjadi mentor bagi murid-murid dari tahun 1 hingga tahun 6.Berikut adalah senarai nama guru-guru yang menjadi mentor. Tahun 1 Amanah 1) Puan Khadijah bt Mohd Taib 2) Puan Suzira bt Mat 3) En.Norazemi bin Mansor Tahun 2 Amal 1) Puan Hajjah Saliha bt Abd Hamid 2) Puan Siti Rumiza bt Abd Rahim 3) En Mohd Marzuki bin Hussin Tahun 3 Arif 1) Puan Hajjah Rokiah bt Salleh 2) Puan Napisah bt Jusoh 3) En.Mohd Khairuddin bin Muktal Tahun 4 Aktif 1) Puan Kamaliah bt Ahmad 2) Puan Nor Aizah bt Abd Manaf 3) Puan Zaleha bt Awang Tahun 5 Akrab 1) Puan Hasliza bt Hasan 2) Puan Zuriati bt Ishak Tahun 6 Aspirasi 1) Puan Norizah bt Ibrahim 2) En.Wan Abu Bakar bin Wan Endok

Isnin, 9 Februari 2015

MESYUARAT PIBG SK SERADA KALI PERTAMA 2015

Mesyuarat PIBG kali pertama telah diadakan pada hari Isnin, 9 Februari 2015 bertempat di Makmal ICT Sk Serada pada jam 2.30 petang dihadiri oleh wakil guru dan ibubapa. diharapkan hasil daripada mesyuarat itu dapat mempertingkatkan kecemerlangan murid-murid SK Serada ke arah sekolah yang unggul cemerlang.Tahniah kepada wakil guru dan ibubapa yang telah menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.