Isnin, 12 Januari 2015

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH TAHUN 2015...

Alhamdulillah...tahun 2014 telah melabuhkan tirainya dan kita masih dipertemukan lagi pada tahun 2015..belum terlambat untuk mengucapkan WELCOME 2015! kita rakyat di negeri Terengganu bersyukur kerana sesi persekolahan berjalan seperti biasa namun sahabat-sahabat kita di Kelantan memulakan persekolahan dengan serba kekurangan akibat musibah banjir yang melanda...Jutaan terima kasih buat warga guru yang turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir terutama kawasan yang teruk terjejas banjir seperti di Kemaman dan Kuala Krai..Jazakumullahu khairan kasiran  alfadhil Ustaz Marzuki Hussin, Tn Hj Azam bin Ghazali serta guru-guru yang lain.Di sini,admin bawakan gambar-gambar pada hari pertama persekolahan 2015 yang bermula pada 11 Januari 2015.Pelbagai ragam yang dapat kita lihat melalui anak-anak kita, sudah tidak ada tangisan kedengaran dalam kelas tahun 1,sudah tidak ada ibubapa yang menunggu anak-anak di luar kelas,semuanya ceria dan bersemangat datang ke sekolah.Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada anak-anak murid sekalian.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan