Ahad, 25 Januari 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 (2015) PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Khamis, 22 Januari 2015 yang lalu,SK Serada telah menyempurnakan satu lagi majlis penting iaitu Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 bertempat di Dewan Terbuka SK Serada. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nordin bin Mohd merangkap Pengerusi PIBG SK Serada. Majlis bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Khairuddin bin Muktal.Pihak sekolah berharap agar ibubapa menggunakan duit bantuan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya dengan mendahulukan segala kelengkapan sekolah anak-anak dan semoga dengan sedikit bantuan kerajaan ini dapat meringankan beban ibubapa.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang menghadirkan diri ke majlis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan