Isnin, 29 Jun 2015

SELAMAT MENEMPUHI UNIVERSITI RAMADHAN WARGA SKS...

Alhamdulillah..diizinkan Allah swt, kita berjumpa lagi dengan bulan Ramadhan,bulan penuh keberkatan dan bulan ibadah serta bulan Al-Quran.
Seperti tahun lepas,Panitia Pendidikan Islam SKS melaksanakan banyak program bagi menghidupkan Ramadhan di sekolah. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
  1. Tazkirah Ramadhan oleh guru-guru
  2. Tadarus Al-Quran
  3. Khatam Al-Quran
  4. Kuiz Ramadhan
  5. Ujian Hafazan Al-Quran
  6. Pertandingan Azan
  7. Pertandingan Mewarna bagi Tahap 1
  8. Pertandingan Mereka Kad Raya bagi Tahap 2
  9. Iftor Jama'ie
  10. Majlis Khatam Al-Quran
  11. Kutipan derma/sedekah

Rabu, 17 Jun 2015

SAMBUTAN HARI GURU 2015

"Guru Pembina Ilmu dan Penyempurna Akhlak"....itulah tema sambutan hari guru pada tahun 2015.
Pada 18 Mei 2015,Isnin, bertempat di SK Serada,satu majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru SK Serada.


LAPORAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH 2015

 Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita sama-sama dapat mengadakan satu majlis yang cukup bermakna bagi meraikan guru-guru di SK Serada pada 17 Mei 2015 yang lalu. Majlis ini bertujuan mengenang segala jasa bakti yang telah dicurahkan oleh guru-guru kepada murid-murid. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru tidak terhitung nilainya namun bagi guru-guru serta para pendidik cukuplah diraikan dalam majlis yang serba sederhana.
Program ini telah diadakan pada hari Isnin, 18 Mei 2015 bersamaan 28 Rejab 1436H . Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Serada, Encik Nasir bin Abd Jalil. Majlis sambutan hari guru merupakan program tahunan sekolah yang melibatkan semua warga sekolah yang diadakan bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei pada setiap tahun.
Majlis ini yang dikelolakan oleh Unit Sambutan dan Perayaan SK Serada  dengan kerjasama Kelab Guru & Staf  Sk Serada telah Berjaya diadakan dengan jayanya. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti permainan Model Patung Surat Khabar, Permainan Gando,Permainan Penton dan Persembahan khas Guru-guru serta penyertaan daripada murid-murid turut memeriahkan majlis.
Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan dapat disempurnakan dengan baik dan lancar dengan izin Allah S.W.T.










Isnin, 13 April 2015

PROGRAM KOLABORATIF TAHUN 6 2015 SK SERADA-SK DUSUN

Pada hari Khamis bertarikh 9 April 2015, satu program kolaboratif tahun 6 antara Sk Serada dan Sk Dusun telah diadakan di Sk Serada. Antara kebaikan atau faedah yg diperolehi melalui program seumpama ini adalah dapat merapatkan hubungan antara Sk Serada dan Sk Dusun serta dapat bertukar-tukar pendapat ke arah kecemerlangan murid.



















MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 24

Pada hari Jumaat, 27 Mac 2015, pihak PIBG Sk Serada telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 24 bertempat di Dewan Gemilang Sk Serada. Terima kasih kepada YB Datuk Dr Latif bin Awang kerana hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Serada kali ke-24.













Sabtu, 11 April 2015

LARIAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Serada telah mengadakan Larian Kecergasan  Peringkat Sekolah bertarikh 3 Mac 2015 bertempat di Kampung Pulau Manis Serada. Larian sejauh 4 km melibatkan murid-murid tahap 2.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan larian kecergasan pada tahun ini.