Isnin, 26 Januari 2015

AKTIVITI PENUTUP MINGGU TRANSISI TAHUN 1

Kelmarin 26 Januari 2015 merupakan aktiviti terakhir dalam minggu transisi Tahun 1 Amanah Sk Serada. Pelbagai acara menarik yang disusun oleh Puan Khadijah bt Taib selaku guru kelas Tahun 1 Amanah. Alhamdulillah acara tersebut berjalan dengan lancar walaupun tidak ramai guru yang terlibat kerana kekangan masa daripada tugasan mengajar. walaubagaimanapun,murid-murid kelihatan gembira dan terhibur dengan setiap acara. Antara acara yang dilaksanakan ialah sukaneka dan pertandingan mewarna. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Khadijah di atas penyempurnaan acara penutup transisi Tahun 1!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan