Ahad, 18 Januari 2015
Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah SK Serada
SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1436H/ 2015
MUQADDIMAH
Maulidul Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada ke 12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin (dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidul Rasul . Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.
Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.
RASIONAL
Rasional Sambutan Maulidul Rasul ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua warga SK Serada bagi mensyukuri dengan kelahiran Rasulullah SAW yang membawa rahmat dan kesejahteraan seluruh alam. Tanpa perjuangan dan pengorbanan dari Rasulullah SAW, tidak mungkin Islam bertapak di bumi ini.
OBJEKTIF
Objektif Sambutan Maulidul Rasul ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua insan supaya sentiasa mengingati dan mencontohi Nabi Muhammad SAW. Dengan mengingatinya, dapatlah mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah hidup Rasulullah dan seterusnya menjadikan akhlak dan peribadi Rasulullah sebagai panduan. Hal ini sekaligus dapat melatih murid menghayati dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.
OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir program ini diharapkan:
1. Semua mengingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW.
2. Menanam kecintaan dan mengenali keperibadian Rasulullah SAW.
3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan warga sekolah serta komuniti setempat.
TARIKH/ MASA
Tarikh : 18 Januari 2015
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi – 12.30 tghari
KUMPULAN SASARAN
Semua murid dan warga SK Serada
TEMA
“Perpaduan Nadi Transformasi Negara”
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
1. Perarakan Maulidul Rasul
2. Ceramah maulidul Rasul
3. Pertandingan:
- Keseragaman
- Perbarisan
- Selawat
JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1436H/2015
PENASIHAT
En.Nasir bin Abd.Jalil
PENGERUSI
En. Nazarudin bin Ismail
NAIB PENGERUSI 1
Tuan Haji Mohd Azam b Ghazali
NAIB PENGERUSI 2
En Mohd Naziron bin Ismail
SETIAUSAHA
En.Mohd Marzuki bin Hussin
PENYELARAS
Puan Hajjah Rokiah bt Salleh
BENDAHARI
Puan Kamaliah bt Ahmad
AJK
Semua guru
Semua guru Kafa
Staf Sekolah
Pengerusi PIBG
Pengerusi JKKK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan