Khamis, 15 Januari 2015

Kisah Sebatang Tamar

Pada zaman Nabi SAW dulu , di dalam Masjid Nabawi. Baginda Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah Jumaat dgn hanya berdiri dgn sebatang pohon tamar. Setelah sekian lama , batang pohon tersebut makin usang , lalu para sahabat membuatkan sebuah tempat (mimbar) baru yg mempunyai lebih kurang 3,4 buah anak tangga. Nabi pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut ,Batang tamar yg dulunya digunakan oleh Nabi diletakkan di suatu tmpt dlm masjid itu. Selepas Nabi menggunakan mimbar baru itu , kedengaran suara tangisan yg kuat sehinggakan semua jemaah dpt mendengar raungan itu. Rupa-rupanya , suara itu dtgnya drpd batang pohon tamar yg usang , yg dulunya Nabi sering kali menggunakan nya. Lalu Nabi menghampiri batang tamar itu dan bertanya kpd batang tamar itu mengapa ia menangis dan batang tamar itu pun menjawab : “Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.” Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar itu lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.” MasyaAllah.. Hebat nya Baginda sampai batang tamar pun menangis rindukan Baginda. Allah...Allah...Allah... Kalau batang tamar pun rindukan Baginda, kita apatah lagi yg memang sangat sangat sangat sepatutnya rindukan Baginda Nabi Muhammad SAW...... Allahurobbi. Marilah kita perbanyakkn selawat kpd Baginda. Perbanyakkan doa,moga satu hari nnt kita akan berjumpa dgn Baginda Nabi. اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Tiada ulasan:

Catat Ulasan