Isnin, 26 Januari 2015

AKTIVITI PENUTUP MINGGU TRANSISI TAHUN 1

Kelmarin 26 Januari 2015 merupakan aktiviti terakhir dalam minggu transisi Tahun 1 Amanah Sk Serada. Pelbagai acara menarik yang disusun oleh Puan Khadijah bt Taib selaku guru kelas Tahun 1 Amanah. Alhamdulillah acara tersebut berjalan dengan lancar walaupun tidak ramai guru yang terlibat kerana kekangan masa daripada tugasan mengajar. walaubagaimanapun,murid-murid kelihatan gembira dan terhibur dengan setiap acara. Antara acara yang dilaksanakan ialah sukaneka dan pertandingan mewarna. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada Cikgu Khadijah di atas penyempurnaan acara penutup transisi Tahun 1!!!!

Ahad, 25 Januari 2015

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 (2015) PERINGKAT SEKOLAH

Pada hari Khamis, 22 Januari 2015 yang lalu,SK Serada telah menyempurnakan satu lagi majlis penting iaitu Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 bertempat di Dewan Terbuka SK Serada. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nordin bin Mohd merangkap Pengerusi PIBG SK Serada. Majlis bermula pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 12 tengahari.majlis telah dipengerusikan oleh Ustaz Khairuddin bin Muktal.Pihak sekolah berharap agar ibubapa menggunakan duit bantuan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik-baiknya dengan mendahulukan segala kelengkapan sekolah anak-anak dan semoga dengan sedikit bantuan kerajaan ini dapat meringankan beban ibubapa.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa yang menghadirkan diri ke majlis ini.

Ahad, 18 Januari 2015

Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah SK Serada

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 1436H/ 2015 MUQADDIMAH Maulidul Rasul adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Hari ini jatuh pada ke 12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada hari Isnin (dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah Nabi terakhir yang diutus oleh Allah s.w.t. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu,umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidul Rasul . Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56). Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi. Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah. RASIONAL Rasional Sambutan Maulidul Rasul ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada semua warga SK Serada bagi mensyukuri dengan kelahiran Rasulullah SAW yang membawa rahmat dan kesejahteraan seluruh alam. Tanpa perjuangan dan pengorbanan dari Rasulullah SAW, tidak mungkin Islam bertapak di bumi ini. OBJEKTIF Objektif Sambutan Maulidul Rasul ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua insan supaya sentiasa mengingati dan mencontohi Nabi Muhammad SAW. Dengan mengingatinya, dapatlah mengambil pengajaran dan iktibar dari kisah hidup Rasulullah dan seterusnya menjadikan akhlak dan peribadi Rasulullah sebagai panduan. Hal ini sekaligus dapat melatih murid menghayati dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW. OBJEKTIF KHUSUS Pada akhir program ini diharapkan: 1. Semua mengingati tarikh kelahiran Rasulullah SAW. 2. Menanam kecintaan dan mengenali keperibadian Rasulullah SAW. 3. Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru, murid dan warga sekolah serta komuniti setempat. TARIKH/ MASA Tarikh : 18 Januari 2015 Hari : Ahad Masa : 7.30 pagi – 12.30 tghari KUMPULAN SASARAN Semua murid dan warga SK Serada TEMA “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” AKTIVITI YANG DIJALANKAN 1. Perarakan Maulidul Rasul 2. Ceramah maulidul Rasul 3. Pertandingan: - Keseragaman - Perbarisan - Selawat JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1436H/2015 PENASIHAT En.Nasir bin Abd.Jalil PENGERUSI En. Nazarudin bin Ismail NAIB PENGERUSI 1 Tuan Haji Mohd Azam b Ghazali NAIB PENGERUSI 2 En Mohd Naziron bin Ismail SETIAUSAHA En.Mohd Marzuki bin Hussin PENYELARAS Puan Hajjah Rokiah bt Salleh BENDAHARI Puan Kamaliah bt Ahmad AJK Semua guru Semua guru Kafa Staf Sekolah Pengerusi PIBG Pengerusi JKKK

Khamis, 15 Januari 2015

Kisah Sebatang Tamar

Pada zaman Nabi SAW dulu , di dalam Masjid Nabawi. Baginda Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah Jumaat dgn hanya berdiri dgn sebatang pohon tamar. Setelah sekian lama , batang pohon tersebut makin usang , lalu para sahabat membuatkan sebuah tempat (mimbar) baru yg mempunyai lebih kurang 3,4 buah anak tangga. Nabi pun mula memberikan khutbah di atas mimbar baru tersebut ,Batang tamar yg dulunya digunakan oleh Nabi diletakkan di suatu tmpt dlm masjid itu. Selepas Nabi menggunakan mimbar baru itu , kedengaran suara tangisan yg kuat sehinggakan semua jemaah dpt mendengar raungan itu. Rupa-rupanya , suara itu dtgnya drpd batang pohon tamar yg usang , yg dulunya Nabi sering kali menggunakan nya. Lalu Nabi menghampiri batang tamar itu dan bertanya kpd batang tamar itu mengapa ia menangis dan batang tamar itu pun menjawab : “Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.” Rasulullah tersenyum sambil memeluk batang tamar itu lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga kelak.” MasyaAllah.. Hebat nya Baginda sampai batang tamar pun menangis rindukan Baginda. Allah...Allah...Allah... Kalau batang tamar pun rindukan Baginda, kita apatah lagi yg memang sangat sangat sangat sepatutnya rindukan Baginda Nabi Muhammad SAW...... Allahurobbi. Marilah kita perbanyakkn selawat kpd Baginda. Perbanyakkan doa,moga satu hari nnt kita akan berjumpa dgn Baginda Nabi. اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم

Tangis Sebatang Tamar

Sedu sedan Itu bak ratapan si kecil Yang rindu belaian dan perhatian Yang mendambakan kasih dan sayang Dari seorang insan yang penyayang Tangisan itu dari sebatang tamar Yang sebelumnya menjadi mimbar Sandaran Rasul tika menyampai khutbah Diganti mimbar baru kerna keuzurannya Kisah tangisan sebatang tamar Menyentuh hati, mengocak perasaan Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu Tangisan itu dari sebatang tamar Yang sebelumnya menjadi mimbar Sandaran Rasul tika menyampai khutbah Diganti mimbar baru kerna keuzurannya Betapa kerasnya hatiku ini Untuk menghayati perjuangan mu Betapa angkuhnya diri ku ini Untuk menghargai perjuangan mu Ya Rasulallah Ingin aku menjadi sebatang tamar Yang menangis rindu kepada mu Ya Rasulallah Biarlah aku hanya sebatang tamar Namun dapat bersama mu di dalam syurga Tangisan itu dari sebatang tamar Yang sebelumnya menjadi mimbar Sandaran Rasul tika menyampai khutbah Diganti mimbar baru kerna keuzurannya Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2014/02/lirik-tangis-sebatang-tamar-daqmie.html#ixzz3OtgqTYBG

Isnin, 12 Januari 2015

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH TAHUN 2015...

Alhamdulillah...tahun 2014 telah melabuhkan tirainya dan kita masih dipertemukan lagi pada tahun 2015..belum terlambat untuk mengucapkan WELCOME 2015! kita rakyat di negeri Terengganu bersyukur kerana sesi persekolahan berjalan seperti biasa namun sahabat-sahabat kita di Kelantan memulakan persekolahan dengan serba kekurangan akibat musibah banjir yang melanda...Jutaan terima kasih buat warga guru yang turut turun padang membantu mangsa-mangsa banjir terutama kawasan yang teruk terjejas banjir seperti di Kemaman dan Kuala Krai..Jazakumullahu khairan kasiran  alfadhil Ustaz Marzuki Hussin, Tn Hj Azam bin Ghazali serta guru-guru yang lain.Di sini,admin bawakan gambar-gambar pada hari pertama persekolahan 2015 yang bermula pada 11 Januari 2015.Pelbagai ragam yang dapat kita lihat melalui anak-anak kita, sudah tidak ada tangisan kedengaran dalam kelas tahun 1,sudah tidak ada ibubapa yang menunggu anak-anak di luar kelas,semuanya ceria dan bersemangat datang ke sekolah.Syabas dan tahniah kami ucapkan kepada anak-anak murid sekalian.