Pada 18 Mei 2015,Isnin, bertempat di SK Serada,satu majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan bagi meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru SK Serada.
LAPORAN
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT
SEKOLAH 2015
Alhamdulillah
bersyukur kehadrat Ilahi kerana kita sama-sama dapat mengadakan satu majlis
yang cukup bermakna bagi meraikan guru-guru di SK Serada pada 17 Mei 2015 yang
lalu. Majlis ini bertujuan mengenang segala jasa bakti yang telah dicurahkan
oleh guru-guru kepada murid-murid. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan guru tidak
terhitung nilainya namun bagi guru-guru serta para pendidik cukuplah diraikan
dalam majlis yang serba sederhana.
Program ini
telah diadakan pada hari Isnin, 18 Mei 2015 bersamaan 28 Rejab 1436H . Program
ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sk Serada, Encik Nasir bin Abd Jalil.
Majlis sambutan hari guru merupakan program tahunan sekolah yang melibatkan
semua warga sekolah yang diadakan bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada
16 Mei pada setiap tahun.
Majlis ini
yang dikelolakan oleh Unit Sambutan dan Perayaan SK Serada dengan kerjasama Kelab Guru & Staf Sk Serada telah Berjaya diadakan dengan
jayanya. Pelbagai acara menarik telah diadakan seperti permainan Model Patung
Surat Khabar, Permainan Gando,Permainan Penton dan Persembahan khas Guru-guru
serta penyertaan daripada murid-murid turut memeriahkan majlis.
Secara
keseluruhannya, program berjalan lancar dan dapat disempurnakan dengan baik dan
lancar dengan izin Allah S.W.T.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan