Isnin, 13 April 2015
PROGRAM KOLABORATIF TAHUN 6 2015 SK SERADA-SK DUSUN
Pada hari Khamis bertarikh 9 April 2015, satu program kolaboratif tahun 6 antara Sk Serada dan Sk Dusun telah diadakan di Sk Serada. Antara kebaikan atau faedah yg diperolehi melalui program seumpama ini adalah dapat merapatkan hubungan antara Sk Serada dan Sk Dusun serta dapat bertukar-tukar pendapat ke arah kecemerlangan murid.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 24
Pada hari Jumaat, 27 Mac 2015, pihak PIBG Sk Serada telah mengadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 24 bertempat di Dewan Gemilang Sk Serada. Terima kasih kepada YB Datuk Dr Latif bin Awang kerana hadir bagi merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Serada kali ke-24.
Sabtu, 11 April 2015
LARIAN KECERGASAN PERINGKAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Serada telah mengadakan Larian Kecergasan Peringkat Sekolah bertarikh 3 Mac 2015 bertempat di Kampung Pulau Manis Serada. Larian sejauh 4 km melibatkan murid-murid tahap 2.Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan pihak yang terlibat dalam menjayakan larian kecergasan pada tahun ini.
Sabtu, 28 Februari 2015
Majlis Watikah Pengawas 2015 SK Serada
Pada 25 Februari 2015 (Rabu) telah berlangsung Majlis Watikah Pengawas Disiplin, Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas peringkat sekolah. Seramai 46 orang murid telah terpilih sebagai pemimpin sekolah.Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil pegawai polis cawangan Balai Polis Cabang Tiga dari cawangan jenayah komersil. Dalam ucapan beliau, beliau menasihatkan murid-murid yang telah dilantik sebagai pemimpin agar belajar bersungguh-sungguh serta menjadi contoh kepada murid-murid lain. Majlis bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Rasional diadakan majlis ini adalah kerana pengawas sekolah dan pengawas sumber atau pemimpin organisasi merupakan satu badan khidmat sokongan kepada pihak pentadbiran sekolah.Peranannya amat penting dalam membantu pihak sekolah dalam memastikan peraturan dan penggunaan sekolah berjalan lancar.
Langgan:
Catatan (Atom)































